Monday 12 December 2011

MY LITTLE BABY

Muhammad buat muka geram . grr


Muhammad with Mummy <3

I LOVE MY LITTLE BABY

Arwah MUHAMMAD BIN RAZLAN
*19/10/2009 - 08/12/2011
AL-FATIHAH

Im gonna miss you ..
You inspire me ..
I never forget you baby ..
You are awesome !!
No one can replace you ..

Bagi aku baby Muhammad sangat istimewa pada family kami , dia sangat senang untuk dijaga , diurus . Menangis ? Perkara biasa bagi baby tetapi tidak pada Arwah . Nak dengar dia nangis bukan punya susah (dia susah nak nangis . Tunggang terbalik kan la dia macam mana memang takkan menangis . merengek kejap je)sampai pernah saja-saja buat dia nangis sebab semua orang nak sangat tengok dia nangis . Aku paling rindu nak tengok dia goyang-goyang kepala . Rindu dia buat mata comel , rindu dia tunjuk gigi , rindu dia buat muka gedik , rindu dia merengek . Rindu dia merangkak sambil reverse , rindu dia goyang kaki atas bawah , rindu dia kissy aku . Aku tak berkesempatan tengok dia berjalan . Dia baru dapat berjalan seminggu before dia meninggal dunia . Aku dapat tengok dia sikat rambut guna tangan . Skill baru belajar . Itupun dalam video . Ya Allah , sumpah aku rindu dia sangat2 . Lepas ni aku dah takan dapat mandikan baby Muhammad lagi , nak tukar pampes , nak buat susu , nyanyi lagu "ging gang guli-guli" , tidurkan dia . Banyak sangat benda yang aku buat dengan dia . Tapi sekarang semua dah jadi kenangan sahaja . Aku tak kan lupa semua tu and aku tak kan pernah lupa Arwah . Dia selalu buat aku tersenyum bila tengok dia senyum , dia jugak selalu buat aku happy bila tengok gelak ketawa manja dia . Sampai bila-bila Arwah baby Muhammad akan selalu ada dalam ingatan aku .



 Ketika Arwah menghembuskan nafas yang terakhir :'(



Saat terakhir Arwah Muhammad sebelum dikebumikan ..

Kali terakhir aku dapat jumpa dia masa dia dah kaku terbujur atas tilam kecil . Mata yang dulu suka kedip-kedip , dah takkan terbuka . Tangan dia yang selalu tepuk2 , tak bergerak , sejuk beku . Tapi aku redha walaupun memang aku sedih sangat . Aku gembira dengan satu benda ... Aku dapat tengok dia senyum . Comel sangat walaupun dia sudah tiada . Nampak macam dia tidur . Sebak bila tengok Mummy gosok-gosok batang hidung dia macam selalu mummy tidurkan dia . Cuma kali ni baby Muhammad tidur untuk selama-lamanya .

Aku redha and bersyukur . Walaupun Allah pinjamkan dia sekejap , hanya 2 tahun  , semua yang terjadi pasti ada hikmahnya . Kenapa Allah beri dugaan besar ini kepada family kami ? Pasti ada hikmah disebaliknya . Tapi dia dah bagi satu kepuasan yang besar and ianya sangat bermakna pada aku . Allah lagi sayang dia dan sampai masa dia balik ke sisi Allah . Kan ? Aku terima semua dengan hati yang rela sebab aku tau dia tengah bermain-main dengan teman-teman yang baru dia temui hari ini . Aku akan sentiasa ingat dia dan he will forever be in our heart ..


Muhammad jangan lupa kat kami . InsyaAllah jumpa di sana ...
Muhammad bin Razlan
19 Oktober 2009-7 Desember 2011
Al-Fatihah ..




Two little feet , ten little toes
Leave their impressions today
Soon they will wear two little shoes
And be running & jumping at play
Two little feet , too little time
Before they are walking to school ...
Kicking a rock or skipping a rope
wading a puddle or jumping in a pool
Two little feet , one little child
will soon go their own way ,
But footprints in my mind recall 
They stood here yesterday .
~ unknown